MISI, FUNGSI & OBJEKTIF



MISI BAHAGIAN LATIHAN PERHUTANAN


"Unit Latihan Perhutanan bertanggungjawab untuk melahirkan tenaga kerja yang unggul melalui program-program latihan yang komprehensif dan bersepadu selaras dengan wawasan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia untuk diiktiraf sebagai sebuah agensi terunggul dalam pengurusan hutan tropika secara berkekalan".


FUNGSI DAN OBJEKTIF


Fungsi Bahagian Latihan Perhutanan adalah untuk meningkatkan tahap pengetahuan dan kemahiran serta menerapkan sikap positif di kalangan kakitangan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia supaya mencapai tahap kecemerlangan dalam perkhidmatan.


Objektif Bahagian Latihan Perhutanan adalah seperti berikut:


(i) Menyediakan tenaga kerja yang mencukupi, terlatih dan mahir dalam pelbagai bidang perhutanan.


(ii) Menyediakan program latihan yang komprehensif dan bersepadu dalam semua aspek perhutanan sejajar  dengan perkembangan semasa.


(iii) Mengadakan kemudahan latihan yang lengkap bagi meningkatkan tahap dan kualiti latihan.


(iv) Menyediakan tenaga pakar dalam pelbagai bidang perhutanan.


BACK